Oh Nuffnang!

Welcome to the elegies

While writing the story of your life, never let someone else holding your pen.

Wednesday, 30 January 2013

Selamat Datang Kak Qarisya..

Assalamualaikum dan hi!

Actually, hari ni sy mau cerita tentang saudara baru dalam Islam dan saudara baru dalam keluarga sy :)

selamat datang Kak Qarisya..

30 Januari 2013 tarikh yg sgt bermakna buat sy and family sbb hari ni sy telah menjadi saksi bakal isteri abg sy telah berhijrah menjadi saudara seislam kita.

Actually sy sgt nervous sbb ini merupakan hal yg sgt serius dan abg sy pilih sy jadi saksi.. oke, sy sgt rsa takut sbb first time sy jadi saksi. Bukan saksi sembarangan tau! ni saksi yg sgt penting bagi menyambut kedatangan saudara Islam..

Tapi cerita hari ini bukan cerita tentang sy jadi saksi.. tapi cerita tentang sy sgt terharu dengan apa yg berlaku pada hari ini.

Pada hari ini, Kak Qarisya telah berhijrah menjadi saudara seIslam dan peristiwa tu sgt bermakna..

Peristiwa ini telah disaksikan oleh Ustazah yg membimbing, abg sy dan sy sendiri. Pada mulanya, Ustazah tersebut cuba meredakan perasaan nervous Kak Qarisya dengan berkenal-kenalan dan sedikit cerita-cerita.

Sy sgt terharu dengan soalan Ustazah dan jawapan daripada Kak Qarisya tersebut  :

Ustazah   :  Andai kata kamu berdua tiada jodoh, adakah kamu akan keluar balik daripada Islam?

Kak Qarisya : Kalau tiada jodoh, sy akan cuba mencari identiti diri sebenar sy dalam agama Islam.

Oke, sy hampir menangis dengar jawapan Kak Qarisya sbb dy yakin utk masuk islam bukan semata-mata utk perkahwinan. Walaupun ustazah balik2 tanya tentang perasaan dan kepastian Kak Qarisya utk masuk Islam, Kak Qarisya sgt tenang n yakin time tu.. walaupun dlm hati dia sy tahu dy sgt nervous..

Apa-apa pun, Alhamdulillah, sy sgt terharu mendengar Kak Qarisya melafazkan dan mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah Asyhadu Alla Ila Ha Ilallah Wa Asyhadu Anna Muhammad Rasulullah...

Ustazah juga ada mention, dengan kita lafaz kalimah tersebut, maka gugurlah dosa-dosa kita..
apatah lagi saudara baru kita..
mereka ibarat bayi yang baru dilahirkan kerana sejurus mereka melafazkan kalimah syahadah, maka gugurlah dosa-dosa mereka dan bermulanya kehidupan mereka sebagai seorang Muslim..

Apa-apa pun, sy sgt berharap agar hidayah yang diberikan oleh Allah kepada Kak Qarisya akan berterusan, kerana ustazah tersebut juga ckp, hidayah ini hanya diberi kepada orang-orang terpilih sahaja.. Alhamdulillah Kak Qarisya salah seorang yg terpilih tu..

itu sahaja cerita sy ttg peristiwa hari ini..
sy sgt2 terharu..
dan gembira..





Selamat datang Kak Qarisya..

XoXo :)




No comments:

Post a Comment